.:: Journ3y of A Butt3rfly ::.

By: Med RHS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kek Raya Lagi - Kek Lapis Sarawak

 
 
 
View all 9 photos...


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Med masih dalam mood raya nih. Rasa cepat ja masa berlalu kan? Macamna suasana raya korang tahun nih? Syukur alhamdulillah bagi Med cos raya tahun nih, dapat sekali lagi merayakan bersama keluarga tercinta dan kwn kwn tersayang. Leh kata tahun nih, med rasa happy skit cos dapat jumpa kwn kwn lama. Hehehe, tahun nih sibuk beraya sampai ramai kwn med tak dpt carik med kat umah. Hehehe.. jangan marah tau, salahkan kepada Carti, Chai n Khalid yg telah menculik med. Rayanapped. . Khalid n Chai, ney duwet raya mekkkkk???? Seda angpou ka?

Tahniah med ucapkan kepada sahabat med, Laila atas pertunangannya bersama heronya, Wan. Leh kata raya tahun nih med dpt byk berita gembira dr kwn kwn med. Ada yg bakal kawin dan ada yg bakal jadi ibu. Kepada Kak Yanti yg berada kat Alor Setar : " Med nak gambar baby nanti k ! "

Terima kasih med ucapkan kepada sahabat sahabat med yg telah menghantar kad raya kat Med. Semoga raya tahun ini di penuhi dengan keceriaan dan kebahagiaan. So untuk kwn kwn med yg jauh di perantauan dan yg nak tau mengenai kek raya kat sarawak, med uplodkan gambar kek raya kat umah med. Mmg dah jadi kemestian di Sarawak, masa raya ja mesti ada kek lapis sarawak. Ada mcm mcm jenis dan nama kek lapis nih. Yang terbaru Kek Lapis Mawi World. Tapi umah med takda kek tu , so tak dpt la nak bagi korang tgk. hehehe... lapar la plak lepas tgk kek raya nih, med mengundur diri la dulu ke dapur ek.. hehehe.. Daa~~


Wednesday, 2-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.::Selamat Hari Raya AidilFitiri 2005 ::.

nih la keadaan umah med masa raya
lampu manggar depan umah med
masa jalan² 7 likur ngn chai
View all 6 photos...


Assalamualaikum,

Kesempatan ini, Med ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga anda semua bergembira disamping keluarga dan kawan² tercinta di bulan yang mulia ini.

InshaAllah esok, semua umat islam akan berhari raya. Sekejap ja masa berlalu, dan bulan Ramadhan akan meniggalkan kita. Syawal lak menjelma. Masa nih, tentu semua sibuk buat kuih dan menghias umah. Apa khabar la kawan kawan med yg lain ek? Maaf sebab dah lama tak YM. Med agak sibuk skit bulan nih. Bagi kwn kwn med yg lain, Med rindu kat korang.

Teringat med masa first first posa kat Kangar. Tue masa med kena buat matrik( time kitaorg last batch matric university). Ingat lagi kena panjat pagar semata mata nak sahur beramai ramai ngn kwn kwn. Hehehe.. Masa kat main campus lak, UPM Serdang, rindu berbuka ramai ramai dalam bilik dan kalo makan kat luar, ada masa terpaksa menunggu meja kosong sebab lambat gi kedai (ehhehe.. tak lupa gak aku kat minah yg soping sampai lupa waktu berbuka tu dan menyebabkan kami semua monyok menunggu meja kosong ). Hehehe.. Weih korang, jalan lupa post med duit raya tau

Untuk kwn kwn med yg berada di perantauan. Med harap korang jgn sedey sedey. InshaAllah tahun depan leh balik raya kat Malaysia. Untuk mengubat rindu korang ngn malam 7 likur n kuih muih dan suasana raya, nanti med akan uplodkan photos nanti k. Terima kasih kat Chai yg sudi teman med amik gambar malam 7 likur. Hehehe.. Pelita tepi jalan pon jadi la kan chai. ok gang.. Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Yatie Sabil @ Med


Sunday, 30-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Malam Tujuh Likur ::.

 
 
 
View all 4 photos...
Petikan senikata dr lagu Malam 7 Likur.

Malam nih dah malam 7 likur dah. Sonok jalan jalan tengok org ramai bukak lampu umah derang.
Rasa med maybe nih ja cara dpt mengantikan kemeriahan raya untuk kanak kanak. Ya la. skrang mana lagi cam masa kita kecik dulu dulu, main bunga api, mercun. kalo yg ada pon, sure yg beli dr penyeludup mana ntah. heheheh Kepada semua sahabat Med, raya nanti mai la datang umah. Jangan malu malu. Yg jauh dr Kuching tu,Med doakan korang bahagia menyambut lebaran bersama keluarga tercinta. Bagi mereka yang plan nak balik dan dalam perjalanan balik ke kampung halaman , Med berharap agar kalian sentiasa berhati hati di jalan raya. Salam Lebaran dari Med sekeluarga.

.:: Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri @ Happy Eid Mubarak ::.
Maaf Zahir Dan Batin


Thursday, 27-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Clinique Happy Heart ::.

 
 
 
View all 6 photos...
Salah satu perfume kesukaan med. Skrg nih, med guna perfume ni cos bau dia tak kuat sangat dan tak memeningkan. Hehehe.


Monday, 24-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
.:: Cermin Mata ::.

 
 
 
View all 5 photos...
Nih la cermin mata med.. heheeh.. mcm Mak Bedah la plak


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net