Want your
own Fotopage?








 
.:: Journ3y of A Butt3rfly ::.

By: Med RHS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Mar-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Jom Ngail @ Muara Tebas

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Assalamualaikum~~

Seperti di janjikan, med uplod gambar² gi mancing kat Muara Tebas. Kuching pada hari Sabtu yang lalu. Alang alang semua gang agak free ujung minggu tu~~ so buatla plan gi memancing. Disebabkan buat plan last minute, so kami 4 org ja pi : Carty, Onn ( http://aerolz.fotopages.com/ ) dan Fedos. Muara Tebas nih, tak la jauh sangat dr Kuching. Dalam 25-45 min ja (bergantung brapa laju korang bawak ler ek ) Tempat nih macam kampong nelayan dan kebanyakan yg salu datang kat sini pon kaki pancing. Tempat nie juga terkenal diantara penganut Buddha kerana terdapat sebuah tokong besar kat atas bukit di Muara Tebas.

Apa yg best mancing kat sini? Tu kena tanya kaki pancing la kut~~ heheehe~~ takda la, kat sini kira dah dekat dengan laut. Kebanyakan ikan yg ditangkap pon jenis yang area paya bakau. Salu yg org dapat tangkap kat sini, ikan pari madu, ikan belakung , ikan belut dan buntal~~ heheheehe (med tatau nama ikan nih, med ikut bhs melayu Sarawak jer ). Kalau jenis yg nak ilang gian mancing tu leh la mai sini, cos mancing kat sini mmg cepat dpt hasil. Tapi bagi sapa yg suka mancing kat laut dalam tu~~ leh bawak la bot ke sini sampai ke tengah laut . heheehe~~

Permandangan kat sini memang best~~ especially dah nak senja tu. Ingatkan kat sini orang datang pi mancing ja~~ rupanya ramai gak yang datang tengok sunset dan amik gambar ( heheehe~~ jeles ja tengok senjata derang~~ bila la med dapat beli cam camtu~)

Kitaorang balik awal sket, sebab med malam tu ada family dinner kat seafood restaurant. Hehehe~~ so len kali leh la gi mancing lagi~~ Sapa yg nak join tu, jom la mai Kuching. Okla, sampai sini dulu. Panjang sgt karangan arinih~~ Takecare and daaa~~~ ps: kolaj kat bawah tu agak blur sket sebab dah malas nak resize bebetul~~ enjoy~~~

Many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your HEART~~ Thanks Carty, Onn and Fedos~~

Yatie@Med


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net